Pemenang Toyota Gazoo Racing Musim Ketiga terima habuan bernilai RM360,000!

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor telah menyampaikan hadiah wang tunai kepada pemenang-pemenang keseluruhan siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing musim ketiga.


Siri tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran COVID-19.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori dan hadiah tunai yang dimenangi:

 

Bagi kategori kelas Super Sporting

  • Tempat Pertama: Tengku Djan Ley (RM100,000)
  • Tempat Kedua: Mark Darwin (RM50,000)
  • Tempat Ketiga: Freddie Ang (RM30,000)

 

 

 

Kategori Kelas Sporting

  • Tempat Pertama: Hayden Haikal (RM100,000)
  • Tempat Kedua: Bradley Benedict Anthony (RM50,000)
  • Tempat Ketiga: Haji Sutan Mustaffa (RM30,000)

 

 

Kelas Promotional (tiada hadiah wang tunai)

  • Tempat Pertama: Shawn Lee
  • Tempat Kedua: Shukri Yahaya
  • Tempat Ketiga: Nabil Ahmad

 

 

 

Para pemenang dipilih berdasarkan pengiraan pungutan mata dengan 75 peratus daripada perlumbaan yang dijadualkan dilangsungkan.

 

Pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa dibatalkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Toyota Gazoo Racing musim ketiga membuka tirainya di Kuala Terengganu pada 5-7 September 2019, sebelum ke Bandar Malaysia pada 9-10 November 2019 dan Batu Kawan di Pulau Pinang pada 14-16 Februari.

 

Secara keseluruhannya, kejohanan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000!

 

 

tgr