Pemenang Super Mileage Isuzu D-Max capai 880 ribu km perbatuan tanpa sebarang masalah!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu majlis yang serentak diadakan, pihak Isuzu Malaysia berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang utama peraduan Isuzu Super Mileage yang dianjurkan baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemilik Isuzu D-Max 3.0 Automatik, Cheah Chee Ying dinobatkan sebagai juara dan menerima wang tunai berjumlah RM15,000 setelah berjaya merekodkan pemanduan sejauh 881,641 km.

Paling mengkagumkan, ia berjaya dicapai tanpa sebarang kerosakan pada komponen utama, walaupun ia dicatat daripada rutin perjalanan pergi dan balik Kelantan ke Kuala Lumpur hampir setiap minggu. 

Pengusaha perkhidmatan penyelenggaraan enjin lori itu berkata, "keputusan memilih Isuzu D-Max dibuat berdasarkan kehebatan, kekuatan serta ketahanan enjin Isuzu.

"Sebelum ini saya pernah memiliki Isuzu Trooper dan tahu sejauh mana kekuatannnya, saya tahun Isuzu D-Max adalah pilihan yang terbaik," ujar beliau lagi.
 


Antara rahsia jenteranya yang panjang umur adalah tidak mengabaikan tanggungjawab penyelenggaraan walaupun sudah menjangkaui hampir sejuta kilometer. 

Pencapaian Cheah telah diiktiraf oleh Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki semasa pelancaran Isuzu D-Max 1.9 BluePower di Kuala Lumpur. 

Dalam ucapan tahniahnya, Suzuki berterima kasih kepada Chee Ying atas keputusannya memilih Isuzu D-Max sebagai jentera pilihan. 

"Selepas menghasilkan kira-kira 25 juta enjin diesel, Isuzu memahami keperluan pelanggan seperti anda yang bergantung kepada produk kami untuk tujuan pengangkutan yang cekap, selesa dan selamat. 

"Apabila pelanggan meletakkan kepercayaan setinggi ini pada prouk kami, sudah pasti kami mempunyai kewajipan untuk memastikannya tidak sesekali tersasar," ujar Suzuki. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…