Pemenang pertama Sprinta Bonanza bawa pulang Yamaha Y1ZR!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang pertama peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza dalam satu majlis ringkas bertempat di Jalan Sentul, petang tadi. 

Sahrulnaim bin Sahrahan yang berasal dari Gombak itu merupakan pemenang pertama bulan Mac dan membawa pulang sebuah Yamaha Y15ZR lengkap dengan liveri pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang Racing Team. 

Hadiah tersebut disampaikan sendiri oleh CEO PLMM, Hardeep Singh kepada Sahrulnaim. 

Ketika ditemubual, Sahrulnaim melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta kerana penganjuran peraduan yang sangat menarik ini.

"Menjadi kebiasaan, minyak pelincir PETRONAS Sprinta menjadi pilihan saya kerana terbukti membuatkan enjin motosikal saya terasa lebih lancar dan ringan," ujar beliau. 
 


Buat mereka yang belum berkesempatan, masih terdapat enam lagi unit Yamaha Y15ZR, 3 unit Yamaha Y25 dan hadiah utama berupa sebuah Yamaha R6 lengkap dengan tandatangan pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, iaitu Franco Morbidelli and Fabio Quartararo.

Syarat penyertaan mudah sahaja, anda hanya perlu membeli sebotol minyak pelincir jenama Sprinta bernilai sekurang-kurangnya RM25 dan siapa sangka, anda mungkin bertuah membawa pulang hadiah yang disebutkan di atas. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy

 

Berita Berkenaan

MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…
MotorGP
Kecederaan ini sudah cukup untuk menyebabkan Franco terlepas perlumbaan pada minggu ini, dan beliau…
Sukan Bermotor
  Pelumba berusia 42 tahun itu sebelum ini dilihat ‘main tarik tali’ mengenai percaturan kariernya…