Pemenang hadiah cabutan bertuah peraduan ulang tahun FUSO Canter ke-60 bawa pulang Mercedes-Benz C 200

oleh Mohamad Hanif|
Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (HSTD) selaku Pengedar Am Daimler Trucks di Malaysia telah mengumumkan pemenang bagi cabutan bertuah peraduan yang diadakan sempena Ulang Tahun ke-60 FUSO Canter.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Peraduan yang akan berlangsung sehingga Disember 2023 ini terbuka kepada penyertaan umum di mana pelanggan perlu membeli dan mendaftarkan trak FUSO sepanjang tempoh tersebut (Januari-Disember 2023).

Terdapat tiga sesi cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM900,000 disediakan, di mana cabutan pertama dibuat bagi trak yang telah dibeli dan didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 30 April 2023.

Cabutan kedua akan diadakan pada bulan September 2023 bagi trak yang didaftarkan antara 1 Januari hingga 31 Ogos 2023, sementara cabutan ketiga yang akan berlangsung pada Januari 2024 bagi trak yang didaftarkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2023.
 

fuso


Ketua Eksekutif, Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd, Derrick Sim mengucapkan tahniah kepada FP FOODS Sdn Bhd yang telah membawa pulang hadiah utama berupa Mercedes-Benz C200, serta 10 pemenang lain yang memenangi baucar alat ganti FUSO bernilai RM1,000 setiap satu.

"Ulang tahun ke-60 FUSO Canter menandakan pencapaian yang ketara dan kami amatlah berbesar hati untuk meraikannya bersama pelanggan yang dihargai melalui peraduan yang diadakan. Sambutan hangat yang diterima untuk peraduan ini telah membuktikan kepercayaan trak FUSO di dalam pasaran dan kami menantikan sambutan yang sama daripada pelanggan setia dan yang baru, dalam dua cabutan yang seterusnya".

Sepanjang tempoh 60 tahun, FUSO Canter menunjukkan prestasi yang tinggi dan konsisten dengan penggunaan bahan api rendah di samping menawarkan khidmat trak pengangkutan ringan yang dipercayai di kalangan syarikat logistik terutamanya bagi syarikat penghantaran destinasi terakhir, rantaian sejuk, kurier dan sebagainya.
 

fuso


Trak FUSO Canter kini boleh didapati di lebih 70 buah negara di seluruh dunia, termasuk lokasi pemasangan tempatan (CKD) dan negara import. Di Malaysia, trak FUSO diagihkan secara eksklusif dibawah anak syarikat Hap Seng Consolidated Berhad iaitu Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd.

Tambah Sim, "Kami bersedia untuk memenuhi permintaan pengangkutan dan logistik perniagaan di Malaysia dengan portfolio luas kenderaan FUSO. Dengan hampir 40 pengedar FUSO di seluruh negara dan perkhidmatan selepas jualan kami yang cemerlang, menjadikan jenama FUSO pilihan yang baik dan boleh dipercayai oleh pelanggan. Matlamat kami adalah untuk menetapkan piawaian baru yang kukuh dalam bidang trak dan kualiti perkhidmatan, di samping menangani keperluan khusus pelanggan kami".

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peraduan itu terbuka kepada pembeli motosikal Honda baharu dengan kapasiti enjin 160 cc dan ke…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…
Informasi
  Pengguna hanya perlu membeli dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID mereka dan menggunakannya minimum…