Pemenang bertuah peraduan All About The Drive Bonanza bawa pulang Toyota Sienta

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu majlis yang diaturkan berasingan, UMW Toyota Motor telah menyampaikan hadiah berupa MPV Toyota Sienta kepada empat orang pemenang peraduan All About The Drive Bonanza. 

Peraduan yang diadakan pada penghujung tahun yang lalu turut menyaksikan pelbagai hadiah yang menarik disediakan kepada para peserta, termasuklah peranti pintar, peranti mudah alih, serta pakej percutian. 

Namun, bagi mereka yang berjaya mengesahkan tempahan kenderaan mereka akan mendapat peluang membawa pulang empat hadiah cabutan bertuah, iaitu Toyota Sienta. 
 


Bertempat di pusat pengedar yang berasingan, kesemua empat peserta menerima hadiah masing-masing iaitu: 

  • Chew Huat Boon dari Pulau Pinang (S&D Tama Sdn Bhd)
  • Loh Hau Ning dari Johor Bahru (Saksama Otomobile Sdn Bhd)
  • Wong Chee Sun dari Keningau (Golden Tradeway Sdn Bhd)
  • Joseph Anak Kasi dari Bintulu (Boulevard Bintulu Sdn Bhd)

Presiden UMW Toyota, Ravindran K mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya membawa pulang Toyota Sienta, dan menyifatkan peraduan All About The Drive Bonanza ini sebagai satu penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh para pelanggan Toyota. 
 


Setiap pembelian kereta penumpang Toyota didatangkan dengan jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. 

Sebagai tambahan, pemilik baharu boleh menikmati bantuan tepi jalan 24-Seven Road Assist untuk tahun pertama pemilikan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, tiga guru muda itu menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer (km) mengharungi laluan…
Berita Domestik
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas…
Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…