Pembuli jalan raya warga emas ada 3 kes lampau!

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menahan seorang lelaki pada Isnin, yang merupakan suspek kes buli jalan raya membabitkan warga emas di Taman Tasik Puchong Prima, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga peniaga ditahan jam 5 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, permohonan reman suspek dibuat di Mahkamah Majistret Sepang bermula pada Selasa hingga Jumaat.

Katanya, suspek mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK), 160 KK dan 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB).

"Polis mengesahkan gambar seorang lelaki warga emas yang cedera dan tular di media sosial adalah benar dan masih dalam siasatan," katanya melalui kenyataan.

Pada 30 Januari lalu polis menerima laporan seorang warga emas berusia 73 tahun telah dipukul seorang lelaki di hadapan sebuah klinik swasta di Taman Tasik Puchong Prima.

Wan Kamarul berkata, ketika kejadian warga emas memandu kereta dari arah Brickfields ke Putra Perdana untuk bertemu rakan.

Ketika berada di Puchong Prima pengadu telah dipukul kerana dikatakan tidak memberi lampu isyarat ketika membelok di simpang jalan.

Katanya, suspek turut mengeluarkan perkataan kesat 'engkau ni bodoh, tak pandai bagi signal' lalu memukul di bahagian muka, kepala dan rusuk mangsa.

"Selepas meneruskan perjalanan suspek terus mengekori mangsa dan ketika tiba di hadapan kedai bakeri di Putra Perdana kira-kira satu kilometer dari lokasi sebelumnya kenderaan mangsa telah disekat dan suspek sekali lagi menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu menumbuk mata dan menendang badan bertubi-tubi," katanya.

Wan Kamarul menambah, mangsa ditinggalkan di lokasi dan dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan mendapati mangsa cedera bengkak di kepala, lebam mata kiri dan patah tulang pipi kiri serta patah tulang mata kiri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325KK yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda.

Orang ramai yang ada maklumat atau menyaksikan kejadian itu boleh hubungi IPD Sepang di talian 03- 8774222 bagi membantu siasatan.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.…
Berita Domestik
  Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati menakutkan secara jenayah hendak menyebabkan…
Berita Domestik
  Raub turut berkata, "siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut…