'Pembuli jalan raya didenda RM1,000'

oleh Penyumbang Rencana|
Tangkap layar video insiden seorang lelaki mengasari pemandu van dalam kejadian di Kulai, Johor pada Ahad.
Seorang lelaki yang mengasari pemandu lain dalam kejadian di Jalan Persiaran Sri Putri Utama di Kulai, didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah ketika didakwa di Mahkamah Majistret Kulai, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata kejadian berlaku pada jam 2.42 petang Ahad lalu apabila lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang memandu kereta Honda City itu mengasari pemandu van jenis Nissan C22.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Katanya, pemandu van berkenaan membuat laporan polis pada hari kejadian mendakwa dia dihalang dan kemudian dikasari.

"Mangsa lelaki tempatan berusia 34 tahun itu dipukul suspek di bahagian muka dengan tangan hingga menyebabkan kecederaan di bibir dan bengkak pipi.

"Video berhubung kejadian buli jalanan itu telah tular di media sosial. Pada hari sama, lebih kurang jam 8.30 malam, polis menahan suspek.

"Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek, yang berpunca daripada mangsa yang keluar simpang di Taman Gunung Pulai dan hampir bertembung dengan kereta dipandu suspek," katanya dalam satu kenyataan di Kulai pada Rabu.

Seng Lee berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod berkaitan jenayah tetapi saringan awal air kencing suspek didapati negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Siasatan mendapati suspek bukan anak anggota polis sebagaimana diviralkan. Suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kulai siang tadi dan mengaku bersalah sebelum didenda RM1,000 yang jika gagal bayar dipenjara selama empat bulan.

"Polis menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan pemandu lelaki Honda City berwarna hitam bersama seorang wanita, keluar di tengah jalan dan menuju ke arah sebuah van di belakang kereta terbabit.

Dipercayai berlaku pertengkaran dan lelaki terbabit bertindak memukul pemandu van berkenaan, sebelum ditenangkan orang awam yang melihat kejadian itu.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini…
Berita Domestik
  Suspek berusia 40-an itu diberkas kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi sekitar daerah ini…
Berita Domestik
Akhirnya, sesuatu yang kita harapkan tidak berlaku akhirnya berlaku. Seorang pembonceng, Mimi…