Pembonceng motosikal maut dirempuh lori langgar lampu merah

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Wanita maut selepas motosikal diboncengnya dirempuh lori yang melanggar lampu merah di persimpangan Jalan Tun Razak- Jalan Dato Bandar, di Kuching, semalam.


Mangsa, Sharolyn Tan, 20, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak pada jam 12.30 tengah hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian jam 10.45 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan batu seberat 34 tan yang sedang bergerak lurus melanggar tepi sebelah kiri motosikal yang datang dari arah Pending ke simpang Jalan Dato Bandar.

 

"Perlanggaran itu menyebabkan motosikal bersama penunggang dan pembonceng diseret beberapa meter.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori itu tidak mematuhi lampu isyarat merah," katanya dalam kenyataan.

 

Alexson berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa yang membonceng motosikal jenis Yamaha LC135 cedera di kepala manakala penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 23 tahun cedera ringan di kaki kanan.

 

"Lelaki berusia 24 tahun yang memandu lori itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

"Mayat ditempatkan di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak sementara menunggu untuk dibedah siasat esok selepas ujian Covid-19 dijalankan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, Pusat Alat Ganti Serantau…