Pembinaan stesen ECRL di Puncak Alam akan diteruskan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Astro Awani
Kerajaan akan meneruskan pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam seperti mana yang diumumkan pada Jun lalu.


Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (selaku Menteri Kewangan) berkata, pada mulanya ada beberapa stesen ECRL tidak diluluskan dan belum mendapat kelulusan termasuk stesen Puncak Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan beliau dengan Kementerian Pengangkutan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan agensi berkaitan telah bersetuju meluluskan stesen ECRL berkenaan.

 

"Permintaan ini datang daripada penduduk di sini kerana laluan sudah ada cuma mereka inginkan pembinaan sebuah stesen ECRL di sini," katanya ketika sidang akhbar pada Hari Keluarga Bandar Puncak Alam di Bandar Puncak Alam sini pada Ahad.

 

Lokasi sebenar pembinaan stesen itu ialah di Alam Suria Puncak Alam.

 

Pada Jun lalu, Tengku Zafrul mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen ECRL di Puncak Alam.

 

Ditanya bilakah kerja-kerja pembinaan stesen ECRL itu, beliau berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan untuk maklumat lanjut. "Saya hanya memanjangkan permintaan penduduk di sini sahaja yang amat mengharapkan sebuah stesen ECRL dibuka di kawasan ini," katanya.

 

Projek ECRL dijangka beroperasi pada 2027 itu mampu menampung 5.6 juta penumpang setahun atau maksimum 440 penumpang bagi setiap perjalanan menerusi enam gerabaknya.

 

Jajaran ECRL itu melibatkan Selangor iaitu Seksyen C akan dibahagikan kepada dua iaitu Seksyen C1 dari Mentakab ke ITT Gombak dan Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

 

Bagi Seksyen C2, ia melibatkan jajaran sepanjang 74.25 kilometer (km) yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) serta Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo).

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…
Berita Domestik
Baginda bertitah, langkah itu juga mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand. "Beta…
Berita Domestik
"Sejak awal pembinaannya pada Ogos 2017, projek ECRL telah merancang, mengurus dan melaksanakan…