Namun begitu Fadilah berkata penambahan lebuh raya tidak akan menjadi penyelesaian sekiranya pertambahan kenderaan semakin meningkat.
Beliau seterusnya berkata kerana itu kerajaan sedang meningkatkan prasarana untuk pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan lain-lain lagi untuk kemudahan pengguna.
Imbangan yang dilihat bagus untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas ialah 60 peratus pengguna menggunakan jalan raya dan bakinya menggunakan pengangkutan awam.
Isu kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi selepas Malaysia mula bangkit dari kekangan Covid-19. Banyak jalan-jalan sekitar Lembah Klang menjadi terlalu sesak walaupun ketika luar waktu puncak.
Juga wujud poin-poin kesesakan baharu di banyak jalan raya yang menyebabkan ramai merungut dan berharapkan agar kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah itu sebelum ia menjadi lebih kronik.