Pembinaan ECRL capai kemajuan 50.29 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 50.29 peratus sehingga Ogos 2023.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tahun 2023 merupakan tahun puncak bagi pembinaan ECRL melibatkan kerja-kerja struktur utama.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

“Ia seperti pemasangan rasuk (beam launching), pembinaan stesen dan pemasangan landasan (track laying).

“Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anthony Loke berkata, kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) untuk terowong Genting pertama telah mencapai 3.10 kilometer (KM), manakala terowong Genting kedua mencapai 4.29 KM.

Menurut beliau, jumlah panjang bagi setiap terowong Genting adalah 16.39 KM dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL.

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sejak awal pembinaannya pada Ogos 2017, projek ECRL telah merancang, mengurus dan melaksanakan…
Berita Domestik
  "Seperti projek-projek kerajaan yang lain, pihak Projek ECRL juga sudah tentu akan membuat…
Informasi
  "Bila ECRL mula beroperasi pengangkutan kargo yang sebelum ini iaitu menggunakan jalan raya…