Pembelian PLUS tidak bermaksud tol akan berakhir - PM

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pembelian konsesi lebuhraya PLUS tidak akan menghentikan kutipan tol.

Kerajaan ujarnya masih menimbang tawaran dari Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih konsesi lebuhraya PLUS.

"Maju Holdings mencadangkan bayaran tol tetap akan ada kerana jika tidak, mereka tidak akan mendapat balik pulangan modal," ujar beliau kepada Bernama.

Tun Mahathir kemudian menerangkan Maju Holdings bercadang untuk menurunkan kadar tol dan membaiki keadaan jalanraya.

Tidak disebutkan samada tempoh konsesi akan dipanjangkan lagi atau tidak kerana konsesi PLUS sekarang bakal berakhir dalam tempoh 18 tahun sahaja lagi.

Tun Mahathir juga mengingatkan rakyat bahawa lebuhraya memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga agar berada dalam keadaan seperti sekarang.

Beliau mengakui masih tiada kata putus sehingga sekarang.

Maju Holdings ialah sebuah syarikat milik persendirian dan sekarang ini ia beroperasi untuk menjaga konsesi tol lebuhraya Mex yang merangkumi jaringan jalanraya sepanjang 26 km sahaja.

Buat masa sekarang, saham PLUS dimiliki oleh UEM (51 peratus) dan KWSP (49 peratus).

UEM pula ialah 100 peratus milik Khazanah, agensi pelaburan milik kerajaan Malaysia.

PLUS bertanggungjawab ke atas jaringan lebuhraya sepanjang lebih dari 1,000 km dan telah beroperasi sejak tahun 1986.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…
Berita Domestik
Difahamkan, terdapat mangsa tersepit dan beberapa individu lagi mengalami kecederaan dalam…