Pembeli di China benci aroma kereta baru

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan daripada The Detroit Free Press, para pembeli di China nampaknya tidak begitu menyukai bau kereta yang baharu keluar daripada pusat pameran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tatkala majoriti masyarakat dunia menggemarkan aroma tersebut, ia tidak begitu popular di China sehinggakan laporan J.D Power China Initial Quality Study 2018 menyebut ia sebagai masalah utama mengalahkan masalah penggunaan bahan api yang melampau. 
 


Ford mengetahui masalah yang 'dialami' oleh masyarakat yang gemarkan kereta berdimensi panjang, dan untuk menyelesaikan masalah bau kereta baharu ini, Ford mendaftarkan paten dengan U.S Patent and Trademark Office untuk proses membuang bau tersebut. 

Mengikut pendaftaran tersebut, proses tersebut melibatkan langkah-langkah seperti parkir di bawah cahaya matahari, membuka tingkap, menghidupkan enjin, alat pemanas dan kipas untuk menyingkirkan bau baharu tersebut. 

Kedengaran pelik bukan?

Bau unik yang melekat pada kereta baharu keluar dari pusat pameran sebenarnya adalah disebabkan aroma bahan organik yang di'lepas'kan oleh kulit, plastik, dan vynil serta bahan kimia yang digunakan untuk mencantumkan beberapa komponen kenderaan. 
 


Bosan juga menjadi masyakat yang sensitif pada bau kedai ni kan?

Apa yang boleh Careta katakan, "hilang nikmat dunia yang ke-293!"