Pembekalan GEMPITA Lewat Sehingga 2 Tahun 15 Hari

oleh Qalif Latif|
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan beberapa kelemahan serius dalam pengurusan kenderaan perisai Tentera Darat Malaysia (TDM) yang melibatkan nilai keseluruhan melebihi RM271 juta. Pengauditan yang meliputi tempoh antara tahun 2020 hingga 2023 itu menilai aspek ekonomi, keberkesanan dan pematuhan terhadap peraturan dalam kontrak dan perolehan aset pertahanan darat negara.

Denda RM162.75 Juta Tidak Dikutip: Pembekalan GEMPITA Lewat Sehingga 2 Tahun 15 Hari

Isu utama melibatkan pembekalan 68 unit kenderaan perisai GEMPITA 8x8 dan 2 kenderaan jenis B oleh sebuah syarikat tempatan (dikenali sebagai Syarikat 406420-U), yang mengalami kelewatan penghantaran sehingga 2 tahun 15 hari melebihi jadual asal.

Kontrak bernilai RM7.517 bilion itu telah dibayar sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, walaupun pembekalan tidak mengikut jadual. Audit mendapati hanya pada 15 Januari 2025, notis denda berjumlah RM162.75 juta dikeluarkan iaitu 746 hari selepas kontrak tamat.

TDM
5 Kontrak GEMPITA, semua telah dibayar penuh RM 7.517 billion oleh kerajaan kepada syarikat pembekal

 

Lebih membimbangkan, syarikat berkenaan kini merayu agar denda itu dikurangkan kepada hanya RM4.27 juta, dengan alasan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19. Namun, pihak Audit tidak memberi sebarang pendapat berkaitan rayuan pengurangan denda

TDM
Rayuan syarikat pembekal untuk pengurangan denda.

Kelewatan Senggaraan dan Alat Ganti – RM1.42 Juta Denda Tidak Dikenakan

Selain GEMPITA, kontrak senggaraan dan pembekalan alat ganti bagi kenderaan perisai ADNAN, PENDEKAR (PT-91M) dan GEMPITA turut lewat dilaksanakan antara 2 hingga 227 hari lewat. Namun sehingga 31 Disember 2023, bukan sahaja melibatkan syarikat penyedia perkhidmatan senggara, tetapi juga pembaikan dan pembekalan alat ganti.

Pecah Kecil Perolehan – RM107.54 Juta Tidak Ikut Prosedur

Audit juga menemui amalan memecah kecil perolehan perkhidmatan penyenggaraan kepada sebut harga dan pembelian terus, walaupun jumlah keseluruhan melebihi had yang mewajibkan tender terbuka. Sebanyak 654 transaksi berjumlah RM107.54 juta dilaporkan melibatkan kenderaan seperti ADNAN, MIFV, PENDEKAR, LIPAN BARA dan CONDOR.

Tindakan ini didapati melanggar Perintah Angkatan Tentera Malaysia (PATM) dan Pekeliling Perbendaharaan, sekali gus membuka ruang kepada ketirisan dan pengelakan kawal selia.

Lima Platform Perisai Masih Aktif

Laporan turut mengesahkan lima jenis kenderaan perisai yang masih dalam pegangan TDM sehingga hujung 2023:

TDM

TDM

Pendapat Audit

"Pengurusan pentadbiran kontrak adalah lemah. Denda hanya dikenakan selepas dua tahun kontrak tamat, mendedahkan kerajaan kepada risiko denda tidak dapat dikutip kerana bayaran penuh telah dibuat dan bon pelaksanaan pula tidak mencukupi."

Laporan ini sekali lagi menimbulkan persoalan besar terhadap keberkesanan kawal selia dan integriti pengurusan aset pertahanan negara. Dengan jumlah nilai keseluruhan yang besar dan kepentingan strategik tinggi, kelemahan seperti ini bukan sahaja membazir wang rakyat.

Audit