Pembekal Toyota, Akebono Brake akui terdapat lebih 110,000 kes pemalsuan data!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembekal komponen automotif Akebono Brake Industry dalam satu kenyataan Selasa lalu mengakui terdapat kira-kira 114,000 kes salah laku termasuklah pemalsuan data pemeriksaan komponen brek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 5,000 kes gagal untuk memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan oleh Akebono.

Akebono Brake Industry merupakan syarikat yang membekalkan komponen brek kepada 10 syarikat utama Jepun termasuklah Toyota dan juga Nissan.

Menurut jurucakap Akebono, syarikat tersebut telah pun  memeriksa kembali komponen yang dikatakan terjejas, dan membuat penilaian bahawa 'tiada sebarang masalah dengan prestasi komponen tersebut'.

Kejadian salah laku itu dijumpai di salah sebuah daripada empat kilang Akebono di Jepun, malah terdapat juga kes di mana data-data tersebut telah diubahsuai untuk tujuan pemeriksaan yang tidak pernah dilakukan.

Akebono turut memeriksa 190,000 data daripada pemeriksaan berkala yang dibuat di bawah perjanjian dengan pelanggannya dan mendapati 60 peratus daripada data tersebut telah dipalsukan, serta mendapat kesalahan tersebut sebenarnya telah pun berlaku semenjak tahun 2001 lagi!

Presiden Akebono, Yasuhiro Miyaji mengakui kesilapan tersebut namun tiada sebarang kempen panggil semula.

"Tiada sebarang masalah dengan aspek keselamatan, dan kami telah pun meminta pengesahan daripada pengeluar berhubung isu ini," jelas beliau.

Sumber: Nikkei Asian Review