Pembangunan kilang komponen automotif di Pagoh - kenapa di Pagoh?

oleh HEZERI SAMSURI|
Semalam saya terbaca di akhbar The Edge melaporkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata DRB-Hicom akan membina satu kilang berkaitan komponen automotif akan dibina di Zon Ekonomi Khas Pagoh, Johor.

Muhyddin, yang juga ahli parlimen kawasan P143 Pagoh berkata kilang itu adalah hampir seperti yang ada di Tanjung Malim, Perak dan pelaburan itu akan melibatkan dua syarikat besar, DRB-Hicom dan Malakoff.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sudah menjadi kelaziman setiap ahli politik akan mencuba untuk membuat pelaburan besar di kawasan politik mereka sendiri demi meraih undi. Sebelum ini, Pagoh memang sudah dinobat sebagai Bandar Universiti dengan kehadiran beberapa pusat pendidikan besar negara yang dibina di kawasan bekas ladang sawit.

Ini adalah fenomena biasa di seluruh dunia kecuali di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi.

Cuma semakin pelaburan sedemikian perlu dipastikan selari dengan perkembangan industri negara kerana jika tidak, ia akan menjadi satu pembaziran sahaja.

Dalam sektor pengilangan, vendor-vendor komponen lebih suka bertumpu kepada kawasan di mana kilang-kilang kenderaan berada. 

Kerana itu, kebanyakan kilang bertumpu di Lembah Klang kerana ia mempunyai banyak syarikat kenderaan di situ, dan yang paling penting, Perodua dan Toyota kerana kedua-dua syarikat ini memang menggunakan jumlah komponen tempatan yang tinggi.

 

 

Kilang Honda di Pegoh, Melaka pula mempunyai beberapa vendor di kawasan sekeliling kilangnya juga.

Kita juga mendengar berita pada awal tahun ini bahawa Kedah akan menerima pelaburan berjumlah RM1.5 bilion untuk pembinaan hub pemasangan kenderaan berteknologi hijau dan peralatan tentera di Gurun, Kedah.

Kulim pula menerima pelaburan terkini dari Porsche dan Sime Darby untuk projek pemasangan kereta sport mewah dan EV.

Dalam tahun 2018, Bagan Datuk turut dijadikan hab automotif, tetapi status projek itu sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya dan saya syak jika disoal, akan ada yang keahliannya bakal digantung.

Pembinaan kilang komponen automotif di Pagoh, Johor pula tidak dipastikan akan menjadi pembekal kepada siapa kerana tidak ada kilang kenderaan di kawasan itu, kecuali Honda di Melaka.

Toyota Boshoku UMW

 

Persoalan saya adalah cukup mudah.

Dalam masa kita berterima kasih di atas usaha ahli-ahli politik mencuba menghidupkan kawasan pengundi mereka, bukankah komitmen terhadap halatuju negara itu lebih penting? 

Adakah ada keperluan untuk membina kilang komponen automotif di Pagoh?

Dan sekiranya jika Perdana Menteri yang akan datang berasal dari Kuala Sanglang, maka adakah Perlis pula bakal dinobat sebagai hab automotif terbaharu negara? 

Cuba kita duduk dan fikirkan. 

* Laporan The Edge boleh dibaca di pautan ini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…