Pemasangan rasuk jambatan - PLUS aktifkan laluan kontra di Laluan Lima Kedai ke Tanjung Kupang 23-25 April

oleh Mohamad Hanif|
Kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan Projek Pembangunan Nusajaya yang sedang dijalankan di KM8.5 hingga KM7.2 laluan antara Lima Kedai hingga Tanjung Kupang di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura bermula 23 sehingga 25 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan jalan serta pembukaan laluan kontra di kawasan yang dimaksudkan selama tiga hari (23-25 April) bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi.

Para pengguna yang melakukan perjalanan ke Tanjung Kupang atau Singapura dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan ketika melalui kawasan terbabit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…