Pemasangan Enjin 1.5 TGDI Proton Lahir Legasi Muda Di Dalam Industri Automotif

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pemasangan enjin 1.5 TGDI pada kenderaan Proton di kilang Proton Tanjung Malim memperlihatkan kemajuan dan kemampuan industri automotifl yang ada di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada 5 Julai baru-baru ini, PROTON telah memperkenalkan barisan pemasangan enjin baharu dan berteknologi tinggi di Tanjung Malim dalam satu lawatan eksklusif ke kilang pemasangan engin tersebut.

Dalam sesi lawatan tersebut, mereka memperkenalkan beberapa jurutera dalam pelbagai cabang untuk menghasilkan projek engin ini. Apa yang membanggakan, rata-rata daripada mereka merupakan jurutera muda kelahiran syarikat Proton sendiri. 

Dengan pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khususnya kejuruteraan, secara tidak langsung syarikat Proton sudah mencipta legasi baharu di dalam dunia automotif di Malaysia.
 

Proton


Ketika sesi lawatan tersebut, pihak Proton memperkenalkan empat orang jurutera lelaki termasuk seorang daripadanya adalah jurutera wanita bersama kakitangan mereka dalam mengendalikan proses pemasangan. 

Dengan kemahiran dan kemampuan fasiliti yang ada di Proton Tanjung Malim, kilang pemasangan enjin 1.5 TGDI memiliki 12 stesen.

Setiap stesen mempunyai tugasan, fungsi dan pemeriksaan masing-masing secara terperinci. Dari segi pemasangan, terdapat stesen yang menggunakan sistem automatik sepenuhnya dan terdapat juga stesen yang dikendalikan secara semi-auto.
 

Proton


Setiap proses pemasangan engin 1.5 TGDI ini akan diperiksa terlebih dahulu sehingga ke stesen yang terakhir sebelum ia siap untuk dipasang di dalam model kenderaan Proton.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, “Kualiti adalah keutamaan barisan pemasangan enjin baharu kami. Kami tahu bahawa kami perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa PROTON mampu membina produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai, jadi kami tidak meninggalkan apa-apa kepada peluang.

Oleh itu, syarikat Proton dilihat berjaya mengorak langkah dalam memajukan industri ini dengan bakat muda yang ada. Ini menunjukkan industri automotif di Malaysia akan bertambah maju dan lebih berdaya saing seiring dengan negara serantau.

Penulis: Izwan

Berita Berkenaan

Informasi
Ia merupakan mitos semata kerana gula tidak larut dalam petrol dan ia akan kekal dalam bentuk…
Berita Global
Anda boleh mengubah kereta elektrik itu menjadi sebuah EV yang mampu menawarkan pemanduan yang…
Berita Global
Projek super dron AZ1000 yang dihasilkan oleh Arase Aizawa Aerospatiale LLC itu diperlihatkan…