Pemanduan autonomi Level 3, apa maksudnya pada kenderaan Honda?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Legend Hybrid EX 2018
Honda Legend Hybrid EX 2018
Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai kelulusan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun untuk Honda menggunakan sistem automasi Level 3 pada kenderaannya. 

Automasi Level 3 adalah sesuatu yang baharu berbanding Level 2 dan 1 yang telah dan dilengkapi pada kenderaan Honda sekarang ini. Untuk merungkai definisi dan fungsinya, kami huraikan sistem Level 3 seperti di bawah:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Honda Legend Hybrid EX 2018
Honda Legend Hybrid EX tahun 2018

 

Maksud automasi Level 3 pada kenderaan Honda

Berdasarkan maklumat yang diberikan Honda, Level 3 adalah apabila sistem memantau persekitaran pemanduan di sekeliling kenderaan dan mengambil alih operasi pemanduan dalam keadaan tertentu.

Apabila keadaan persekitaran pemanduan tidak memuaskan, sistem akan mengeluarkan amaran dan pemandu perlu mengambil alih semula operasi pemanduan dengan segera.

Secara ringkasnya, kereta akan dikendalikan oleh sistem pemanduan berdasarkan situasi dan apabila keadaan tidak mengizinkan, pemandu perlu segera mengambil alih semula operasi.

 

Honda Legend Hybrid EX 2018
Honda Legend Hybrid EX tahun 2018

 

Dengan kelulusan tersebut teknologi apakah yang bakal digunakan Honda?

Sistem Traffic Jam Pilot akan dilengkapi pada kenderaan keluaran massa Honda dengan kelajuan sehingga 50 km/j di atas lebuh raya awam di Jepun.

Honda Legend baharu yang bakal dilancarkan pada tahun 2021 akan menjadi model pertama dengan sistem automasi Level 3.

Berikut pula adalah bagaimana sistem Traffic Jam Pilot Honda berfungsi:

Sistem Traffic Jam Pilot memantau keadaan trafik di lebuh raya dan mengambil alih operasi kereta dari pemandu apabila ia selamat untuk dilakukan.

Teknologi itu membolehkan kereta mengikuti kenderaan di hadapan dan kekal pada laluan tanpa sebarang input dari pemandu.

Untuk digunakan, sistem perlu sentiasa memantau situasi lebuh raya secara berterusan dan hanya boleh diaktifkan setakat kelajuan 50 km/j sahaja.

Apabila sistem mengenalpasti bahawa ia tidak dapat beroperasi dengan selamat, amaran dikeluarkan dan pemandu perlu segera mengambil alih operasi kereta.

Apakah faktor yang diambil kira?

Keadaan di mana sistem dapat dioperasikan dibuat berdasarkan sejumlah faktor seperti lokasi (lebuh raya), cuaca (hari yang baik) dan kelajuan kenderaan. Keadaan juga berbeza bergantung pada prestasi sistem.

Ini sebenarnya adalah sebahagian dari wawasan Honda ke arah bebas pelanggaran dengan membantu pemandu dan mengurangkan jumlah kemalangan dan pelanggaran disebabkan kesilapan manusia.

Melengkapi teknologi sedia ada

Honda Sensing

 

Teknologi pemanduan automatik Level 3 melengkapi teknologi bantuan pemandu Level 1 dan Level 2 yang telah digunakan pada kenderaan Honda melalui teknologi keselamatan aktif dan pasif Honda SENSING.

Teknologi Level 3 juga membolehkan Honda membuat peralihan yang lancar di antara pemanduan manual dan autonomi.

Automated Drive

Selain itu, bagi membolehkan teknologi Level 3 digunapakai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun turut meminda Akta Kenderaan Jalan Raya.

Pengeluar juga diminta untuk menampal pelekat khas di belakang kenderaan bagi menandakan ianya dilengkapi teknologi pemanduan automasi.

Apabila digunapakai kelak, kita akan dapat menyaksikan bagaimana pemanduan autonomi maju setapak lagi.

Jika Level 1 dan Level 2 sudah canggih, Level 3 pula seperti kereta yang berfikir sendiri dan jika risau, langkah keselamatan seperti intervensi pemandu dan had kelajuan 50 km/j telah diprogram sekali ke dalam sistem.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…