Pemandu wanita mabuk langgar lari dua motosikal ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.

 

"Kedua-dia penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.

 

"Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya," katanya.

 

Terdahulu, video wanita berkenaan melarikan diri tular di media sosial.

 

Video berdurasi seminit itu menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

 

Ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita terbabit terus memecut laju melarikan diri.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…