Pemandu Vios serah diri, guna aplikasi navigasi punca masuki laluan motosikal!

oleh SALINA JALIL|
Punca pemandu kereta Toyota Vios memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, Rabu lalu adalah kerana mengikut penggunaan sistem aplikasi navigasi.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sumber berkata, pemandu lelaki berusia 29 tahun itu adalah seorang anggota penguat kuasa.

 

Menurutnya, anggota itu dipanggil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur untuk siasatan.

 

Sebelum itu Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu terbabit telah pun serah diri dan datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur petang semalam

.

Dalam kejadian 4 petang Rabu lalu, pekerja bank berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan akibat mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus.

 

Video dirakam mangsa sebelum kejadian jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok sementara pemandu kereta meneruskan perjalanan.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Informasi
"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan…
Berita Domestik
Perkara itu disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili dalam usaha memastikan…
Informasi
  "Kita mempunyai kawasan yang dulunya dibina bertujuan untuk mengasingkan laluan motosikal dengan…