Pemandu Vios pitam, tertekan pedal minyak dan rempuh kedai

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Tertekan pedal minyak yang disangka brek kerana pitam menyebabkan seorang wanita yang memandu kereta Toyota Vios merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat di sini, semalam.


Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, wanita berusia 53 tahun itu tiba di kawasan parkir di hadapan kedai makan sebelum pitam dan mahu menekan brek.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita terbabit tersilap apabila tertekan pedal minyak dan gagal kawal kenderaannya menyebabkannya melanggar sebuah motosikal di kawasan parking kedai dan seterusnya merempuh masuk ke dalam kedai makan sebelum melanggar peralatan di dalam kedai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, akibat dari rempuhan itu, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil makanan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pelanggan lain yang berada di dalam kedai makan itu tidak mengalami kecederaan, manakala pemilik kedai mengalami kerosakan pada harta benda sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mohd Zaid berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya.

 

 

Harian Metro