Pemandu Vellfire berusia 26 tahun guna 'strobe light' ditahan

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire yang menggunakan lampu mata arah (strobe light) ditahan di Kawasan Industri Batu Caves, dekat Kuala Lumpur pada Isnin.


Memetik kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di laman Facebook rasminya, Toyota Vellfire yang dipandu lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan anggota JSPT Bukit Aman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kenderaan itu dikesan menggunakan strobe light di bahagian cermin hadapan.

 

"Pemandu berusia 26 tahun itu telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan," ujarnya pada Selasa.

 

Tambah kenyataan itu, menurut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

 

Jelasnya, JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan strobe light pada kenderaan persendirian adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

 

"JSPT sentiasa memantau penggunaan lampu ini pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya mengenai kelakuan yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguat kuasa," tegasnya.

 

Pada 7 April, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihaknya sentiasa memantau penggunaan lampu mata 'strobe light' pada kenderaan persendirian.

 

Menurutnya, terdapat beberapa video tular di media sosial mengenai penggunaan lampu berkenaan dan pihak polis sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenal pasti.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Domestik
  "Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut…
Berita Domestik
Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan…