Pemandu Uber mengadu alami konkusi sewaktu ujian prototaip swapandu

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu cerita dibelakang tabir yang memaparkan realiti sebenar di sebalik ujian kereta swapandu Uber.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kisah seorang pemandu yang ditemu bual oleh Business Insider, Ryan Kelley mendedahkan keadaan kondisi kerja yang sangat teruk sehingga menyebabkan beberapa pemandu back-up Uber mengalami konkusi akibat kesan brek mengejut. 

Fasa awal ujian swapandu Uber mendapati sistem tersebut cenderung untuk brek mengejut dan kesan daripada itu, beliau juga turut mengalami penglihatan yang semakin kabur dan perut yang memulas - kesan yang seakan sama apabila pemandu mengalami siri pelanggaran kecil dan hentakan kepada perehat kepala selama tiga jam berturut-turut. 
 


Aduan sudah dibuat oleh beliau dan rakan seperjuangan kepada pengurus projek swapandu Uber ini, namun sebaliknya mereka dituduh memalsukan simptoms yang dialami sepanjang bekerja. 

Ryan mengambil inisiatif berjumpa pakar, dan beliau didiagnosis mengalami konkusi ringan dan simptom tersebut menyerupai kejadian pelanggaran pada halaju rendah. 

Tambah beliau lagi, sewaktu di dalam perkhidmatan, Uber menyarankan para pemandu supaya tidak mengambil rehat untuk urusan ke tandas atas alasan ia bakal memberi kesan kepada ujian pemanduan autonomi yang sedang dijalankan. 
 


Sebelum ini, pihak media melaporkan sebuah kemalangan maut akibat insiden pelanggaran melibatkan kereta swapandu Uber dan pejalan kaki di Arizona, menjadikan ia kemalangan pertama yang diakibatkan oleh kereta autonomi. 

 

Konkusi (concussion) merupakan sejenis kecederaan kepada otak yang diakibatkan oleh pelanggaran atau hentaman sesuatu objek dan mampu menyebabkan kehilangan fungsi pada otak untuk jangka masa pendek. 

Antara simptom yang dialami oleh pesakit termasuklah:

  • sakit kepala
  • pening
  • muntah
  • kehilangan memori sementara
  • visual pandangan kabur

Ia biasanya akan kekal untuk beberapa hari ataupun minggu, akan tetapi untuk sesetengah kecederaan ia mampu menyebabkan pesakit mengalami masalah untuk jangka masa yang lama. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…