Pemandu treler tanpa lesen Kelas E langgar khemah SJR

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu treler berusia 28 tahun ditahan polis selepas melanggar sebahagian struktur khemah sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Chain Ferry di Butterworth semalam.


Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pegawai dan anggota yang sedang bertugas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas treler 26 tayar itu dalam perjalanan dari sebuah kilang besi di Perai dekat sini menuju ke sebuah bengkel tayar.

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu itu baru selesai menghantar muatan dari Johor Baharu, Johor sebelum menuju ke bengkel tayar berkenaan.

 

“Dia yang melalui SJR berkenaan tidak menggunakan laluan khas, sebaliknya melalui lorong kenderaan awam di sebelah kiri sebelum sebahagian badan treler sebelah kiri berlanggar dan bergesel dengan khemah anggota yang bertugas di SJR berkenaan,” katanya lagi.

 

Menurut Noorzainy, ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu berkenaan yang mempunyai lapan rekod kesalahan lampau termasuk empat berkaitan dadah bagi siasatan lanjut.

 

“Ujian air kencing mendapati pemandu itu negatif sebarang bahan terlarang, namun dia didapati tiada lesen memandu kelas E yang sah,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…