Pemandu treler sebabkan kematian pelajar USAS mengaku tidak bersalah

oleh Hamimah Hamid|
PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar petang tadi.

Tertuduh, Mohamad Amirul Aznizam Razali, 28 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kubang Pasu, Jitra, Kedah didakwa memandu dengan cara bahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi ahmad hafizan, 21l dan Iqbal Hasnun Halimi, 23 tahun.

Bapa kepada tiga anak itu turut didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun. 

Kereta terbakar

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 245.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLus) Arah Utara berhampiran Terowong Menora, dekat Kuala Kangsar pada pukul 1 pagi Khamis lalu.

Bagi kesemua pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga EM50,000.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menetapkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengam seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 30 Jun. 

khamis lalu, lima penuntut USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler.

Siasatan polis mendapati pemandu terbabit mempunyai 22 saman dengan 21 daripada jumlah saman itu sudah dibayar termasuk lapan saman kesalahan kerana memandu laju.

Suspek dilapor turut mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sekali gus dijangka akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu miliknya.

Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki itu bagaimanapun mendapati dia negatif dari mengambil dadah.