Pemandu tidak waras rempuh pintu Masjidil Haram

oleh SALINA JALIL|
Satu rakaman dramatik memaparkan sebuah kereta yang dipandu laju merempuh pintu masuk Masjidil Haram, Mekah tular di media sosial hari ini.


Memetik laporan media antarabangsa, insiden mengejutkan itu berlaku di pintu 89 pada pukul 10 malam waktu tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Jurucakap Gabenor wilayah Mekah, Sultan al-Dosari berkata kenderaan tersebut dipandu laju di kawasan dataran selatan Masjidil Haram sebelum merempuh pagar di kompleks masjid.

 

Berdasarkan rakaman video, pemandu kenderaan jenis Hyundai itu kelihatan meluru ke arah bangunan tersebut sebelum melanggar pintu masuk, mengakibatkan pintu tersebut terbuka.

 

Anggota keselamatan dilihat bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut. Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menahan lelaki warga Arab Saudi itu untuk siasatan lanjut.

 

Pegawai penyiasat memaklumkan pemandu berkenaan berada "dalam keadaan tidak waras." Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Video tersebut boleh dilihat di bawah ini:

 

 

 

Astro Awani