Pemandu teksi kecewa kerajaan baharu tidak beri bantuan

oleh HEZERI SAMSURI|
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd dan juga ketua untuk projek teksi elektrik negara, Shamsubaharin Ismail berkata hari ini rata-rata pemandu teksi Malaysia kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana gagal menjaga kebajikan industri itu selepas setahun mentadbir Putrajaya.

Menurut Shamsubaharin, kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) ada memberi bantuan walaupun kerajaan itu mempunyai masalah rasuah dan membenarkan Uber dan Grab.

"Zaman BN paling tidak kami dapat wang tunai atau baucer minyak, baucer tayar dan sebagainya sementara zaman PH, langsung tidak dapat apa-apa," ujar beliau kepada portal berita Free Malaysia Today.

Beliau turut menuduh bahawa pihak pemandu teksi tidak dapat berjumpa dengan menteri, walaupun dijemput untuk menghadiri majlis makan mereka.

Shamsubaharin turut mengecam tindakan "U-Turn" yang dilakukan oleh Anthony Loke.

"Dulu, pemandu e-hailing kena tukar status kenderaan. sekarang, dia kata tak perlu pula?" tambahnya.

Sebelum ini pemandu Grab dan perkhidmatan e-hailing yang lain disyaratkan untuk menukar staus kenderaan masing-masing dari kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai syarat untuk menjadi pemandu perkhidmatan berbayar.

Loke juga pernah mengumumkan bahawa kenderaan e-hailing perlu mempunyai lesen PSV, insurans penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing dari APAD.

Namun begitu, perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan JPJ diadakan selepas menerima rungutan dari pemandu e-Hailing, khususnya Grab.

Shamsubaharin menegaskan pihak pemandu teksi akan menolak kerajaan PH seperti yang pernah dilakukan dahulu kepada kerajaan BN.

Terdapat lebih kurang 80,000 pemandu teksi di seluruh negara dan nasib industri itu masih lagi tidak ada perubahan.

Masalah dan rungutan dari pengguna teksi juga masih tidak ada jawapan yang pasti. 


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat perkhidmatan teksi, Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd (Big Blue) dijangka menggunakan teksi…
Berita Domestik
Menurut portal tersebut, separuh dari 80,000 pemandu teksi di seluruh negara menanggung hutang…
Berita Domestik
Jika sebelum ini Big Blue antara yang lantang memberikan komen berkenaan aplikasi e-hailing, kali…