Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau 'one-off' sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
Modenas

 

Beliau juga mengumumkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.

 

"Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

 

"Sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021," katanya.

 

Muhyiddin berkata demikian dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

 

 

Berita Harian

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut perbahasan rancangan kelestarian kerajaan yang berlangsung pada 4 Mac 2021, Menteri…
Berita Global
Oleh sebab itu, Grab baru-baru ini melancarkan perkhidmatan khusus untuk golongan pengguna kerusi…
Berita Domestik
  Katanya, sepanjang tempoh PKP ini, pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan…