Pemandu Subaru WRX lebih cenderung dapat saman halaju di US

oleh Mohamad Hanif|
Tidak kira di mana jua anda tinggal, sama ada di negara maju mahupun Asia Tenggara, akan ada satu golongan yang kita gelar sebagai geng laluan kanan lebuh raya.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan golongan ini sememangnya amat cenderung untuk mendapat saman ekor sekiranya mereka tidak berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Fikir nak cepat sampai aje.


Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendedahkan kira-kira 10.54 peratus daripada pemandu di sana memiliki rekod melanggar had laju yang telah ditetapkan.

Daripada angka tersebut, 20.49 peratus daripada mereka merupakan pemilik Subaru WRX.

Tempat kedua pula diduduki oleh VW Golf GTI (17.38 peratus) diikuti oleh Subaru Impreza (subaru lagi), Infiniti G37, Dodge Dart, dan Hyundai Veloster.

Sementara tiga buah model Dodge turut tersenarai iaitu Dodge Challenger, Dodge RAM 2500 dan Dodge Charger sebelum senarai tersebut diakhiri oleh Nissan 350Z.

Kajian daripada pihak Insurify menggunakan pengkalan data daripada 2.5 juta permohonan insurans kenderaan bagi mengenalpasti model kenderaan yang kerap mendapat saman kelajuan.

Sumber: Insurify

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…
Berita Global
  Kotak gear manual enam kelajuan dijadikan ciri asas pada semua varian kecuali GT yang…
Berita Global
  Seperti yang dikatakan, apabila memegang nama STI pasti ada perkakasan istimewa.  Paling asas…