Pemandu Russia, Belarus dilarang berlumba di Grand Prix British

oleh SALINA JALIL|
Pemandu Haas dari Russia, Nikita Mazepin dilarang berlumba di UK
Pemandu Formula Satu (F1), Nikita Mazepin tidak boleh beraksi di Grand Prix British menggunakan lesen Russia selepas Permotoran UK hari ini melarang pemegang lesen Russia dan Belarus berlumba di sana berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.


Tindakan persekutuan permotoran Britain itu hadir sehari selepas badan induk sukan itu, FIA berkata pemandu dari Russia dan Belarus akan dibenarkan bersaing atas "kapasiti berkecuali" di bawah "bendera FIA" selepas mesyuarat luar biasa Majlis Permotoran Dunia (WMSC).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dengan mengenakan tindakan berdasarkan lesen kebangsaan, Permotoran UK akan menghalang pemandu Russia dan Belarus daripada berlumba di Britain tanpa mengira bendera apa yang akan digunakan mereka.

 

"Kami terus bersatu bersama rakyat Ukraine dan komuniti permotoran berikutan pencerobohan dan tindakan tidak boleh diterima itu," kata Pengerusi Permotoran UK, David Richards yang turut menyertai mesyuarat WMSC semalam.

 

"Ini adalah masanya buat komuniti permotoran antarabangsa bertindak dan menunjukkan sokongan buat rakyat Ukraine dan rakan kami di Federation Automobile d'Ukraine (FAU)."

 

 

- REUTERS