Pemandu remaja Myvi dikepung 7 MPV polis, bawa dadah cuba loloskan diri

oleh SALINA JALIL|
Selepas melarikan diri dan enggan berhenti sejauh kira-kira 15 kilometer sekitar bandar raya Johor Bahru, seorang remaja akhirnya ditahan selepas dikepung polis.


Remaja berusia 17 tahun sebelum itu enggan berhenti selepas diarahkan oleh anggota polis yang membuat rondaan untuk pemeriksaan.


Sebaliknya, suspek yang memandu bersendirian kereta Perodua Myvi berwarna kuning bertindak memecut kereta dipandunya bermula di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama, Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa kenderaan awam turut dilanggar suspek yang memandu dengan cara merbahaya.

 

Berikutan itu, tujuh kereta kereta peronda polis (MPV) mengejar dan mengepung kereta remaja berkenaan, sebelum berjaya ditahan berdekatan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

 

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang miliknya.

 

"Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah ecstacy seberat seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis ecstacy seberat 4.61 gram.

 

suspek

 

"Selain itu turut dirampas satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram," katanya.

 

Ayob Khan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…