Pemandu Porsche disyaki mabuk ditahan, lesen tamat tempoh, 31 saman tertunggak

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral di Facebook
Polis menahan pemandu kereta Porsche 911 Carrera disyaki mabuk selepas merempuh tiga kenderaan di kawasan parkir sebuah pusat beli belah, IOI City Mall pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.50 malam membabitkan empat kenderaan.

Menurutnya, siasatan mendapati kereta jenis Porsche 911 Carrera yang dipandu lelaki berusia 61 tahun itu telah melanggar penghadang jalan di kawasan parkir valet terbabit.

"Pemandu yang juga seorang kontraktor itu telah hilang kawalan sehingga terlanggar tiga kereta jenis Toyota Corola Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV yang diparkir di lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pelanggaran terbabit mengakibatkan kesemua kenderaan mengalami kerosakan dan siasatan awal dipercayai suspek memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Semakan juga mendapati lesen pemandu Porsche 911 Carrera itu telah tamat tempoh selain mempunyai 31 saman yang belum dijelaskan," ujarnya.

Jelasnya, pemandu terbabit telah ditahan untuk ujian air kencing dan darah selain direkod keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahid Asik pada Jumaat (17 Mei) dan…
Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…