Pemandu Porsche Cayenne didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol, menyebabkan kematian suami isteri

oleh Penyumbang Rencana|
Pemandu lelaki Porsche Cayenne mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Temerloh, pada Isnin, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan mengorbankan sepasang suami isteri.

Tertuduh, Shaun Lau Wee Hong, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Mengikut pertuduhan, Wee Hong didakwa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di bawah pengaruh alkohol serta menyebabkan kematian R Mathialagan, 35, dan isterinya, S Sathiasivam, 33.

Kesalahan didakwa dilakukan jam 12.55 malam di Kilometer 134, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di Temerloh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun serta denda hingga RM100,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan 7 April depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri rentung selepas kereta dinaiki terbakar selepas dirempuh sebuah SUV.

Nahas dilaporkan berlaku setelah SUV itu hilang kawalan dan merempuh kereta dinaiki suami isteri terbabit.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam…
Berita Domestik
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosy Wan Ismail berkata, beberapa perkara perlu diteliti terlebih…