Pemandu pelancong, teksi terima bantuan one-off RM600 hari ini

oleh Mohamad Hanif|
Bayaran RM600 secara ‘one off’ kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dikreditkan ke dalam akaun berdaftar mulai hari ini (2 April 2020).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web kementerian, www.treasury.gov.my mulai esok.

“Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Katanya, kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan wabak COVID-19,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Berita Domestik
  "Pemandu berkenaan memberitahu dia ingin merentas negeri untuk menghantar barang kering ke…