Pemandu pacuan empat roda tak mengaku pandu dalam keadaan mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian/ pemandu Lam Lip Kong
Seorang sub kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, pada Khamis atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu.

Lelaki berkenaan, Lam Lip Kong, 59, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Seksyen 45A (1) memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM30,000 dan penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu.

Duda tiga anak itu didakwa memandu pacuan empat roda dalam keadaan mabuk dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 95 mg/100ml, melebihi had ditetapkan 50 mg/100ml di Jalan Tanah Merah, di sini, pada jam 12.01 tengah malam, 24 April lalu.

Susulan pengakuan tidak bersalah, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan MalaysiaGazette bertarikh 5 Mei 2026, Presiden Persatuan Dinamik Sinar Kasih (DSK…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd…
Informasi
Namun, menurut peguam Tun Saiful Aman dari Tetuan Tun Saiful & Co, tidak semua kes kemalangan…