Pemandu Nissan GT-R maut kemalangan di bulatan

oleh Firdaus Razani|
Seorang lelaki maut selepas kereta Nissan GT-R dipandunya terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, Iskandar Puteri awal pagi tadi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian jam 4 pagi itu turut mencederakan penumpang kenderaan terbabit.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Daerah Iskandar Puteri menerima maklumat berkaitan kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan terbabas sendiri.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun yang datang dari arah Puteri Harbour menuju ke Gelang Patah.

"Mangsa hilang kawalan lalu terbabas sendiri di bulatan Kampung Sungai Melayu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki. Mangsa maut di lokasi kejadian.

"Penumpang lelaki tempatan berusia 36 tahun mengalami luka ringan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

SUMBER : Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu seperti sudah diramal oleh pengamal media automotif di Jepun, Mag X yang mendakwa 2025…
Berita Domestik
  "Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus…
Informasi
Sementara kita menunggu bagaimana Nissan mahu membuat acuan baharu untuk generasi selepas R35, mari…