Pemandu Myvi yang meragut nyawa lima pemotong rumput disahkan tidak mempunyai lesen memandu

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu Malaysia yang mengakibatkan kematian lima orang pemotong rumput di Thailand tempoh hari disahkan tidak memiliki lesen memandu sah.

Wanita berusia 30 tahun itu disabitkan kesalahan memandu dengan melulu sehingga mengakibatkan kematian dan merosakkan harta benda awam. 

Pemandu tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 baht (RM2,721) jika disabitkan kesalahan. 

Pihak Polis Thailand bersetuju untuk mengurangkan jaminan daripada 500,000 Baht (RM68,000) kepada 200,000 Baht (RM27,000). 

Namun, wanita tersebut dilarang meninggalkan Thailand sehingga kes perbicaraan selesai. 

Pemandu itu juga perlu membayar wang pampasan sebanyak 50,000 Baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan bernilai 250,000 Baht (RM33,823), selain dikenakan denda 200 Baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Dalam pada itu, Duta Malaysia ke Thailand, Jojie Samuel mengesahkan pihak kedutaan akan memantau kes tersebut dengan teliti. 

Kejadian kemalangan yang meragut lima nyawa itu berlaku apabila wanita tersebut dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu merempuh enam orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan. 

Lima orang disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah. 

Pihak Polis berkata, kereta Perodua Myvi yang terlibat disahkan mempunyai cukai jalan yang sah, tetapi tidak dilindungi insurans. 

Sumber: Malaysiakini
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Wee berkata pihak kementerian memahami kesukaran untuk memperbaharui lesen pada tempoh PKP ini dan…
Berita Domestik
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid menegaskan ia hanya melibatkan rakyat Malaysia…
Berita Domestik
Sebuah badan bukan kerajaan Rohingya mencadangkan kerajaan membenarkan pemegang kad Suruhanjaya…