Pemandu Myvi mabuk rempuh kedai, pesara polis cedera

oleh SALINA JALIL|
Seorang pesara polis cedera selepas sebuah kedai makan dekat Lorong Perak, Taman Melawati di Kuala Lumpur, dirempuh pemandu kereta yang disyaki mabuk, pada malam Sabtu.


Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, seorang pelanggan yang juga pesara polis berusia 50-an terbabit, cedera ringan di muka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail, berkata suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi turut merempuh dua buah kereta yang berada berhampiran lokasi.

 

"Suspek berusia 42 tahun yang bekerja sebagai jurutera itu sudah pun ditahan dan pemeriksaan mendapati tahap kandungan alkohol suspek melebihi had yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari semalam.

 

Mohd Azam berkata, suspek direman empat hari hingga 30 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkaitan diminta menghubungi Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim ditalian 03-92740112 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…