Pemandu MPV langgar lari rider serah diri

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG penghantar makanan cedera apabila motosikal dinaikinya dilanggar sebuah kereta yang mengubah haluan secara tiba-tiba dalam kejadian ddi Jalan Ampang-Tambun, Ipoh semalam.

Pemandu kereta terbabit turut bertindak melarikan diri dengan membiarkan penunggang motosikal berusia 34 tahun itu di tepi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Susulan itu, kejadian terbabit yang berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Balai Polis Tambun tular di media sosial. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata,  pemandu kereta berusia 48 tahun itu bagaimanapun telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

 

kereta yg melanggar rider berada diperkarangan ipd ipoh

 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan, manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri sejurus kemalangan itu," katanya.

Menurut Mior Faridalathrash, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh  dipenjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan kali pertama.

Terdahulu tular video di media sosial seorang pemandu MPV melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang penghantar makanan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…