"Kenderaan itu disahkan milik sebuah kementerian.
"Ia mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti peraturan Kaedah Pengangkutan sedia ada dengan kebenaran penggunaan 'beacon' biru dan siren bagi kegunaan tugas rasmi.
"Semasa rakaman dibuat ia berada dalam tugas rasmi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu media melaporkan, polis giat mengesan pemandu sebuah MPV yang dirakam menyalakan siren dan lampu pandu arah di sebuah lebuh raya, di sini, baru-baru ini.
Mohd Zamzuri dipetik berkata, nombor pendaftaran kenderaan di dalam video tular berkenaan tidak dapat dipastikan.
Sebuah klip video berdurasi satu minit tiga saat turut tular memaparkan sebuah MPV berwarna putih membuka siren dan lampu pandu arah seperti polis di sebuah laluan yang sesak.