Pemandu maut treler terjunam dalam gaung

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki maut selepas treler muatan konkrit yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan dekat Pengkalan Hulu, hari ini.

Dalam kejadian itu, V. Sanmuganatan, 48 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.52 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian didapati sebuah treler berada di dalam gaung pada ketinggian 50 meter.

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai seorang lelaki dipercayai pemandu treler tersepit di dalam longkang dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipercayai tercampak sebelum kenderaan dipandunya terbabas.Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya. 

Mangsa bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.