Pemandu maut digilis bas sendiri

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu bas ekspres maut digilis bas miliknya ketika membaiki kerosakan kenderaan itu berdekatan Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Klang, di sini petang tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kejadian kira-kira jam 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas tanpa penumpang itu di tepi jalan kerana dipercayai mengalami kerosakan dan masuk ke bawah kenderaan terbabit untuk membaik pulih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, ketika sedang melakukan kerja membaik pulih bas jenis Mercedes Benz itu dipercayai bergerak lalu menggilis mangsa.

 

"Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan serta sebab kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohamad Fakhrudin berkata, susulan kejadian itu pihaknya memohon saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

 

Saksi boleh menyalurkan maklumat berkaitan dengan tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Berita Domestik
"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi…