Pemandu maut akibat memandu dalam keadaan mengantuk

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki menemui ajal dipercayai memandu kereta dalam keadaan mengantuk menyebabkan kenderaannya bertembung dengan pikap di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di Kelantan, petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa, Asmadi Awang, 44, berasal dari Kampung Bukit Pagar, Kuala Krai, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

 

Bagaimanapun, pemandu pikap Toyota Hilux, Muhammad Azrul Amri Che Aziz, 24, bersama penumpang Khalil Yaacub, 34, hanya cedera ringan.

 

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku 4.30 petang dekat Felda Chiku 3. Beliau berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Waja seorang diri dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

 

Katanya, apabila tiba di lokasi, kereta mangsa hilang kawalan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pikap berkenaan. "Kedua-dua kenderaan itu masing-masing berpusing atas jalan sebelum kenderaan pikap pula terbabas ke dalam longkang.

 

"Orang ramai membantu mengeluar mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dalam kenderaan remuk itu," katanya dalam kenyataan semalam.

 

- benda yang nampak remeh tetapi memberi impak yang besar, jadikan pengajaran kepada pemandu-pemandu di luar dan jangan lupa memberi peringatan kepada kaum keluarga dan sahabat kita di luar sana supaya berehat dan tidur sebentar sekiranya terasa letih dan penat - 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
gambar hiasan, sumber: SabahKini Baru-baru ini, seorang rakan penulis mengalami kemalangan akibat…