Pemandu mabuk termuda berusia 13 tahun ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang remaja berusia 13 tahun berhadapan larangan memandu selepas dia melanggar lampu jalan menggunakan kereta bapanya dalam keadaan mabuk awal pagi hari semalam, lapor akhbar Metro.


Remaja yang tidak memiliki lesen kenderaan berkenaan dikatakan memandu kereta Ford Escort bapanya sebelum terbabas di Gosport, Hampshire.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dia diminta menjalani ujian pernafasan namun gagal, menyebabkannya menjadi marah dan meludah pegawai polis ketika sedang ditahan.

 

Polis tempatan menulis di laman Twitter: “Selamat pagi dari Fareham E shift. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi!”

 

“Pemandu kereta yang diambil gambarnya ini didapati positif ujian pernafasan jalanan di #gosport dan apabila ditahan mengambil keputusan meludah pegawai! Seorang di dalam penjara!’

 

Jika didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain.

 

Pada 2006, seorang lagi remaja 13 tahun didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester.

 

Remaja itu ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan pada kelajuan 112 kilometer sejam di bandar itu malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta.

 

 

 

Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…
Berita Global
    Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru…
Berita Global
Pusat pengedar dua tingkat Lotus Mayfair itu sedang dalam pembinaan, terletak di lokasi strategik…