Pemandu mabuk nyaris rempuh sekatan polis

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu dipercayai mabuk nyaris merempuh sekatan pemeriksaan polis di Kilometer 40.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hutan Kampung di Alor Setar, malam tadi.


Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi, suspek berusia 58 tahun memandu Proton Saga FLX itu dipercayai dalam perjalanan dari arah utara menuju Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun kereta dipandu suspek yang dipercayai menetap di Butterworth itu dikatakan terbabas sebelum melanggar tali penghadang di tengah jalan lebuh raya berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini.

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata hasil ujian Screening Device II yang dijalankan mendapati paras alkohol dalam badannya positif 167/Mg/100ML.

 

Beliau berkata, hasil ujian pernafasan dengan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati suspek positif dengan bacaan 114MG/100ML dalam badannya.

 

"Suspek yang juga peniaga ditahan di lokap Balai Polis Alor Setar untuk membantu siasatan," katanya.

 

 

 

sumber:BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…