Pemandu mabuk Honda City lawan arus di Lebuhraya KESAS ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki memandu melawan arus yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) ditahan polis awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek ditahan jam 2.10 pagi oleh Peronda Lebuhraya Raya KESAS, di Kilometer 24.1 dari arah Kuala Lumpur menghala Ke Klang kerana disyaki mabuk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk ujian pernafasan.

 

"Ujian air kencing ke atas suspek adalah positif, iaitu pemanduan di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul Amar berkata, polis turut merampas kenderaan milik suspek iaitu sebuah Honda City berwarna putih.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

Pagi semalam, video lelaki terbabit memandu melawan arus berdurasi 23 saat telah dirakam orang awam yang melalui lebuhraya itu dimuatnaik di media sosial.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…