Pemandu mabuk Honda City ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki 27 tahun ditahan polis dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol hingga terbabit dalam kemalangan.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kejadian berlaku pada 12 Jun lalu pada jam 10.45 malam membabitkan suspek yang memandu kereta jenis Honda City.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ketika sampai di lokasi kejadian berhampiran lampu isyarat di Dataran Segar, Lukut, suspek dipercayai menghimpit sebuah kereta jenis sama yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun.

 

"Dalam kemalangan jam 10.45 malam itu kedua-dua pemandu tidak cedera tetapi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai mabuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol suspek adalah 124 mg alkohol/100 ml darah.

 

"Suspek ditahan atas kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja…
Berita Domestik
  Satu lagi kemalangan membabitkan seorang petugas ambulans yang sedang memberikan bantuan…
Berita Domestik
Di bawah akta baharu itu menyaksikan lapan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga…