Pemandu mabuk Hilux dituduh kali kedua, tidak mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol

oleh SALINA JALIL|
Pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux yang melanggar beberapa orang awam di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 22 Mei lalu, akan dituduh sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru pada 9 Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at, berkata pertuduhan kali kedua itu akan dilakukan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

 

"Kertas siasatan sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan arahan menuduh suspek berusia 32 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada 9 Jun ini.

 

"Jika disabitkan bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta denda antara RM8,000 hingga RM10,000," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Sebelum ini, pemborong tayar, Kang Meng Han dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu pada 29 Mei lalu.

 

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

 

 

BH

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…