Pemandu mabuk dipenjara 10 tahun, didenda RM70,000

oleh Penyumbang Rencana|
foto kemalangan 29 November 2021/foto kecil pesalah, Lee Han Wee
Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman yang dikatakan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan kematian seorang lelaki, Abdul Rahim Mohamad,53 tahun dipenjara 10 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat.

Tertuduh, Lee Han Wee, 45 tahun dijatuhi hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dihadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Lesen memandu tertuduh juga digantung selama 10 tahun bermula selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Limbongan, Klebang, di Melaka, pada jam 12.45 pagi, 29 November 2021.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Pindaan 2020.

Tertuduh memohon hukuman penjara ditangguhkan kerana mengalami kecederaan tulang pinggul akibat kemalangan tersebut dan memerlukan rawatan lanjut di hospital pakar.

Timbalan Pendakwaraya membantah permohonan tersebut kerana tertuduh mengambil minuman keras sebelum memandu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku selain dia juga boleh menerima rawatan ketika berada di penjara.

Mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman penjara dengan syarat pihak pendakwaan perlu menghantar notis rayuan secepat mungkin dengan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan membayar denda RM70,000 terlebih dahulu, dan penjara 12 bulan sekiranya gagal.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika gagal membayar denda berkenaan, dia akan dikenakan hukuman penjara selama tujuh bulan.…
Berita Domestik
Beliau berkata, pemandu Suzuki terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan…
Berita Domestik
Suspek enggan berhenti untuk pemeriksaan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya serta…